Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Terkejut, Terkilan

Sunday, 7 June 2009

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin terkejut ketika diumumkan sebagai AJK PAS Pusat dengan memperolehi jumlah undi terbanyak 854.

Beliau ketika ditemui berkata tidak menyangka akan diundi oleh perwakilan kerana menganggap dirinya masih baru dalam PAS.

Katanya, kemungkinan ada konflik diantara calon di peringkat Timbalan Presiden PAS yang menyebabkan perwakilan berbelah bagi sehingga mereka mahu menumpukan penyatuan dan menimbulkan semula suasana tersebut.

Bagaimanapun beliau tetap mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh perwakilan yang telah memberikan keyakinan untuk memikul tanggugjawab yang berat dalam PAS Pusat.

"Sebagai orang baru saya kena belajar daripada AJK yang lama," katanya.

Sementara itu, Dr Lolo Mohamad Ghazali yang merupakan wakil tunggal dipilih oleh perwakilan untuk kekal sebagai AJK PAS Pusat meluahkan rasa tidak gembira kerana tidak ramai calon muslimat yang terpilih.

Beliau membayangkan perwakilan yang majoriti muslimin hendak meraikan muslimat kerana calon muslimat yang bertanding untuk jawatan AJK PAS Pusat seramai lapan orang.

Ini kerana katanya, calon muslimat kali ini ada dikalangan exco, Ahli Parlimen, Senator manakala Dr Siti Mariah Mahmood merupakan ahli Parlimen yang mendapat undi majoriti tertinggi daripada rakyat.

Bagaimanapun perwakilan PAS tidak boleh memberi undi kepada Dr Mariah mungkin calon yang lain itu baru tetapi bagi Mariah merupakan orang lama dalam AJK PAS Pusat.

" Saya terkilan dan kecewa kerana tidak ada satu anjakan paradigma perwakilan daripada sudut sokongan dan penghargaan untuk meletakkan Muslimat dalam badan tertinggi membuat keputusan," tegasnya.

Beliau mengucapkan terima kasih dan menghargai sokongan daripada perwakilan kerana memberi undi kepadanya selama lima penggal.

"Saya sangat optimis yang Dr Mariah akan terpilih kerana beliau merupakan AJK yang lama dan dilantik dikalangan muslimat," katanya.

Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat