Terhegeh-hegeh dan Mee Segera Pada BN

Kononnya-kononnya nak gambarkan pemimpin Umno adalah berjiwa rakyat. Naik meluat orang tengok sikap mengada-ngada pemimpin Umno. Waktu pilihan raya kecillah baru terhegeh-hegeh nak hampiri rakyat bawahan. Waktu di luar waktu pilihan raya, rakan mereka adalah tokoh-tokoh korporat dan penaja-penaja politik.

Menurut Ahmad Maslan, segala pembangunan yang ada merupakan 'jasa dan budi' kerajaan BN yang disalurkan melalui agensi kerajaan Pusat.

Pemahaman BN memang begitu, apa yang mereka lakukan untuk rakyat bukan 'amanah atau tanggungjawab'. Ia cuma budi baik yang dihulurkan. Maknanya mereka berhak untuk tidak menghulurkannya kepada rakyat, sekalipun khazanah kekayaan negara yang ada di tangan mereka adalah dari duit cukai yang dikutip dari rakyat jelata.

Jenis pemimpin apakah yang sedang berkuasa di Pusat ini sehingga tidak sedar bahawa mereka cuma pengurus dana negara, bukannya pemilik? Pemiliknya adalah rakyat.

Kadangkala terasa juga bosan untuk menulis isu yang sama, perihal ketidakadilan kerajaan Pusat dalam menghulurkan kemudahan untuk rakyat. Isu bantuan pilih bulu dan tar mini sekerat-sekerat, sehingga kini belum berakhir, malah semakin menjadi-jadi.

Comments