Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

SPRM Tolong Siasat...

Monday, 1 June 2009

Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil tindakan segera berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kerana mempunyai unsur-unsur penyelewangan.

Penyiasatan ini perlu dilakukan segera kerana ia merupakan barah yang lebih dahsyat jika dibandingkan dengan ‘lembu korban’ di Selangor. Inilah masa yang paling sesuai untuk SPRM membuktikan ketelusan serta kehebatan menangani isu rasuah yang kian berleluasa jika dibandingkan dengan isu lembu melibatkan Menteri Besar Selangor yang hebat diperkatakan suatu ketika dahulu.

Kontroversi ini berlaku selepas hab muatan dan pemindahan kapal PKFZ milik Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada nilai asalnya yang kurang daripada RM2.5 bilion meningkat kepada RM4.6 bilion.

Wujud beberapa pihak yang pernah mempunyai kepentingan dalam pemilikan tanah seluas 404 hektar yang menjadi tapak PKFZ, turut mempunyai kepentingan dalam syarikat yang menjual tanah terbabit kepada PKA, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Selain itu, beberapa kelemahan pentadbiran dalam urusan pembelian tanah dan pembangunan di antara PKA dengan KDSB. Sesuatu perlu dilakukan bagi menyelesaikan projek berkenaan kerana melibatkan jumlah wang yang besar selain mengaitkan penglibatan beberapa pemimpin yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.

Kes ini melibatkan orang-orang tertentu yang berkepentingan dan tindakan SPRM perlu disegerakan keran kes ini merupakan salah satu kes serius mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan golongan tertentu di samping memerlukan siasatan terperinci SPRM selaras dengan matlamat penubuhannya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat