Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

SCAH vs Pemuda UMNO

Sunday, 14 June 2009

Dewan Perhimpunan Cina Selangor (SCAH) bersedia berdialog dengan Pemuda Umno mengenai aspirasi nasional, termasuk konsep '1Malaysia'.

"Kalau mereka mahu berjumpa dan berdialog, SCAH akan datang," kata Ketua Pemuda SCAH, Ng Chen Soon.

"Kami harap dialog itu mendatangkan hasil yang positif," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis dialog antara Pemuda Umno dengan lapan NGO Cina Khamis depan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata ia bertujuan untuk mendapatkan pandangan mereka, termasuk mengenai konsep '1 Malaysia'.

Bagaimanapun, Ng berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai majlis dialog tersebut.

"Kami tidak tahu dengan siapa Pemuda Umno mahu mengadakan dialog tersebut.

"Mereka sudah ada senarai pertubuhan-pertubuhan berkenaan, tetapi mungkin bukan dengan kami," katanya.

GPMS Alu-alukan

Khairy juga dilaporkan berkata, Ketua Pemuda MCA yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong pula akan mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan Melayu, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Sementara itu, Naib Presiden GPMS, Jais Karim ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima undangan untuk menghadiri perjumpaan tersebut.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mengalu-alu dialog tersebut kerana ia membolehkan pihaknya mendapat maklumat yang lebih jelas mengenai isu perpaduan negara.

"Walaupun negara telah merdeka selama 50 tahun tetapi isu perpaduan masih menjadi perbahasan di kalangan rakyat.

"Kita harap melalui dialog seperti ini, isu itu akan menemui jalan penyelesaiannya," katanya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat