Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Rakyat Penting Kat Manek Urai bukan Umur

Thursday, 11 June 2009

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS, Dato' Mustafa Ali menegaskan dalam meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil Manek Urai, PAS tetap menekankan calon yang diterima rakyat dan bukan bersandarkan faktor usia semata-mata.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan yang diajukan media mengenai kriteria calon PAS pada pilihan raya tersebut sama ada PAS akan meletak calon yang muda sebgaimana di sarankan Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR).

"Proses pemilihan calon tersebut berlaku secara natural. Kriteria untuk kita menghadapi pilihan raya ialah 'orang yang memungkinkan' dan 'orang yang diterima'. Umur bukan kriteria yang mutlak.Jika orang itu berusia 80 tahun tetapi jika dia yang terbaik dan rakyat terima dia, kita akan letakkan dia sebagai calon. Itu tidak menjadi masalah.

"Sebagai contoh Dato' Halim Abdul Rahman, walaupun beliau sudah menjangkau 70 tahun tetapi beliau masih bertenaga dan diterima rakyat.

"Kriteria ini yang diterima pakai di samping kriteia seperti akhlak yang baik, yang tidak perlu saya sebutkan lagi. Apa yang penting masyarakat menerimanya. Jika masyarakat tidak menerimanya, bagaimana kita hendak menang?" katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Penolong Setiausaha Pilihan Raya PAS, Syed Mohamad Syed Hassan, Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Roslan Shahir dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Shamsuri Ibrahim.

Terdahulu Mustafa menegaskan tumpuan PAS selepas Muktamar PAS ke-55 ialah menghadapi Pilihan Raya Kecil Manek Urai yang akan berdepan dengan Barisan Nasional.

Jelasnya, PAS sudah memperkemas jentera pilihan rayanya yang mana terdapat jentera induk yang mana Pengarah Pilihan Raya adalah Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa manakala jentera operasi peringkat negeri yang mana Pengarah Pilihan Raya ialah Abdul Fatah Harun.

Jelasnya, Jabatan Pilihan Raya PAS akan mengadakan mesyuarat pada 13 Jun ini yang mana pada hari yang sama pengarah pilihan raya setiap negeri akan meninjau tempat bagi setiap negeri masing-masing bertugas yang meliputi sembilan peti undi.

" Kawasan-kawasan di negeri Kelantan membantu setiap peti undi begitu juga bagi setiap negeri lain yang akan membantu setiap peti undi,"katanya.

Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat