Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

PLKN Tidak Pernah Didedah Laporannya?

Tuesday, 16 June 2009

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) menyarankan agar laporan tahunan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didedahkan kepada umum dengan penuh ketelusan dan integriti.

Dalam perbahasan Rang Undang-undang PLKN (Pindaan) di Dewan Rakyat hari ini, beliau juga berharap pihak kerajaan dan badan-badan yang berkaitan merombak besar-besaran serta menangguhkan program tersebut

Beliau turut melahirkan kekesalan kerana modul baru yang diperkenalkan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengenai kesedaran terhadap HIV dan anti dadah tidak memberikan kesan kepada pelatih PLKN.

Jelasnya, sungguhpun pemahaman terhadap perkara ini perlu tetapi ia bukan dijadikan modul dalam latihan ini kerana berjuta-juta duit kerajaan dihabiskan untuk menjayakan modul tersebut tetapi kadar penagih tegar masih lagi belum dapat dikurangkan.

Beliau juga tidak bersetuju para pelatih didedahkan dengan Latihan Pendedahan Pengendalian Senjata (LPPS).

Tambahnya, dengan memberikan pendedahan kepada pelatih untuk menggunakan senjata api tidak dapat menyelesaikan masalah asas untuk mencegah jenayah.

Beliau turut menegaskan, terdapat modul-modul yang diperkenalkan tidak dapat menyelesaikan 'masalah akar' seperti masalah yang melanda remaja yang semakin kronik serta masih belum terdapat rawatan yang efektif untuk menyelesaikan perkara tersebut.

Justeru beliau menyarankan agar menteri-menteri kabinet turun ke bandar-bandar besar di seluruh Malaysia khususnya pada waktu malam untuk melihat sendiri remaja Malaysia yang semakin jauh dengan identiti diri mereka.

Nasharudin juga menyuarakan kekhuatirannya apabila pelatih lelaki dan perempuan dihimpunkan dalam satu kem tanpa ada pengawasan disiplin yang rapi yang memungkinkan objektif utama pelaksanaan PLKN sudah pasti tidak menjadi kenyataan.

Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat