Nyanyuk dan Uzur Sifat BN

Tidak tepat untuk meletakkan watak Pandir pada BN. BN tidak kenal anak sendiri bukan kerana bodoh bendul, tetapi kerana sudah uzur dan nyanyuk.

BN adalah parti yang sudah terlalu tua. Kadang-kadang ingat dan terkadang lupa. Namun banyak yang lupa daripada ingat. Anak cucu pun sudah tidak dikenali lagi. Kadang-kadang bahasakan diri 'Pak Cik' pada anak sendiri.

Begitulah gambarannya BN di Manek Urai apabila mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan jadikan kawasan itu 'anak angkat'.

Beberapa adegan politik yang tidak pernah berubah sama ada semasa mereka kuat atau lemah, iaitu cara berhadapan dengan pengundi.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan sampai bermalam di rumah pengundi. Gambar beliau menoreh getah terpampang hampir di semua akhbar talibarut. Menghulur bantuan dari rumah ke rumah, berjemaah dari surau ke surau dan bersarapan dari warung ke warung.

Comments