Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Naib Presiden PAS Menang, Naib Presiden UMNO Kalah

Friday, 12 June 2009

Kejayaan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi Naib Presiden PAS Pusat turut mendapat reaksi daripada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato Seri Adnan Yaakub.


Adnan dilaporkan media sebagai berkata, kemenangan pemimpin PAS dari Pahang itu tidak memberi sebarang implikasi kepada rakyat negeri ini kerana pemimpin PAS terbabit kurang mendapat sokongan rakyat dan kalah dalam beberapa pilihan raya umum di negeri ini termasuk pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 8 Mac lalu, ia tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN) Pahang.


Ketika berucap pada majlis perasmian Bangunan PAS Pahang, 9 Jun lalu, Tuan Ibrahim turut mengulas kenyataan Adnan itu.


Menurutnya, beliau bukanlah pemimpin Umno-BN dan memang benarlah sebagaimana kenyataan Adnan kemananganya tidak memberi kesan apa-apa kepada parti Umno-BN.


Saya tiada kena mengena dengan Umno-BN, saya bukan pemimpin Umno, sememangnya tidak memberi apa-apa kesan kepada parti itu, jika saya pemimpin Umno sudah tentu ia akan memberi kesan pemimpin Umno terbabit," ujarnya.


Adnan pernah bertanding untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno tetapi kalah kepada Isa Samad, Mohd Ali Rostan dan Mohd Muhamad Taib. Dalam Perhimpunan Agung Mac lalu Adnan gagal merebut tempat di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tetapi tokoh lain dari Pahang seperti Dato Saifuddin Abdullah dan Jamaluddin Jais menang bergaya.


Dalam Mutamar PAS ke-55, baru-baru ini, perwakilan telah memilih tiga pemimpin dari Pahang ke jawatan utama, ia itu Ketua Pemuda, Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Muslimat Ustazah Nuridah Saleh dan Tuan Ibrahim sebagai Naib Presiden PAS. Kesemua jawatan berkenaan bertaraf Naib Presiden.


Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat