Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Lingam Bersama Altantuya, Muhyiddin Tidak Suka Hishamuddin?

Monday, 8 June 2009

Bekas menteri pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein dicabar meletakkan jawatan kabinet selepas kajian berhubung dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matemarik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dibuat pada era kepemimpinannya dipertikai oleh penggantinya.

"Tanya (menteri pelajaran) Muhyiddin Yassin, kenapa buat kajian lagi? Apa jadi dengan kajian Hishammuddin? Apakah wang rakyat akan dibazirkan lagi untuk kajian ini?

"Apakah beliau tidak layak jadi menteri (pelajaran)? Saya cabar Hishammuddin letak jawatan daripada kabinet kerana tidak layak apabila kajiannya ditolak menteri lain," kata perwakilan PAS Rembau, Taufik Abdul Ghani.

Beliau membentangkan usul menggesa kerajaan memansuhkan PPSMI di semua peringkat pada hari terakhir muktamar tahunan PAS ke-55 hari ini.

Hishammudin, kini menteri dalam negeri, sewaktu di kementerian lamanya menganjurkan beberapa siri persidangan meja bulat bagi mendapatkan reaksi pelbagai pihak berhubung dasar yang dipertikaikan itu.

Bagaimanapun, selepas Muhyiddin mengambilalih portfolio tersebut, beliau dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian yang sedia ada.

Menteri besar Pakatan Rakyat di Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin turut mengambil bahagian dalam perbahasan isu tersebut.

Beliau mengingatkan kembali peristiwa pada 2004, setahun selepas PPSMI diperkenalkan, apabila anak beliau serta tiga lagi murid sekolah menyaman kerajaan kerana pelaksanaan tersebut.

Katanya, kes ini akan didengar buat pertama kali pada 25 Jun ini.

Dalam saman itu, kerajaan persekutuan, menteri pelajaran dan ketua pengarah pendidikan Malaysia dinamakan sebagai responden.

Usul membantah PPSMI diterima sebulat suara oleh kira-kira 1,000 perwakilan PAS.

Muktamar PAS turut meluluskan usul memperkasakan institusi kehakiman negara ini supaya tidak tunduk pada tekanan badan eksekutif.

Dewan Muslimat mencadangkan supaya institusi itu benar-benar bebas terutamanya dalam mengendalikan kes berprofil tinggi seperti pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Membahaskan usul yang dibentangkan oleh Hawa Yaakub itu, seorang perwakilan Kuala Lumpur menyindir kes berprofil tinggi itu dan siasatan klip video rakaman perbualan peguam kanan VK Lingam.

Perwakilan PAS Wangsa Maju, Azmin Ali secara lucu mendakwa perkataan Altantuya kini sudah dimasukkan dalam kamus antarabangsa yang bermaksud "kalau berkuasa, kita boleh lepas daripada apa (hukuman) sekali pun".

"Kalau boleh, tambah dalam kamus perkataan 'Lingam'. (Yang bermaksud) 'kalau tertangkap, kita masih boleh melepaskan diri'.

"(Contohnya ayatnya:) Jangan bimbang, awak 'lingamkan' saja kes ini. Kalau susah sangat, awak 'altantuyakan' saja," katanya.

Sementara perwakilan Kuala Kedah, Haris Awang yang membahas usul sama mencadangkan perkataan "menggesa" dalam usul kehakiman itu ditukar kepada "mengutuk".

"Kalau guna perkataan 'menggesa' belum menunjukkan (istilah) Altantuya boleh masuk dalam kamus, kalau (guna perkataan) 'menggesa', Lingam belum boleh masuk kamus," katanya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat