Kebodohan UMNO Bersama Tendernya

Saya ingin menarik perhatian kepada semua warga yang prihatin di Kuala Lipis, Pahang terutamanya wakil rakyatnya berhubung dengan bangunan pejabat Umno di Kuala Lipis.

Untuk makluman, bangunan tersebut sebelum ini agak uzur dan seolah-olah telah menjadi bahan sejarah untuk dimasukkan muzium tetapi yang secara tiba-tiba baru-baru ini kami mendapat tahu satu tender telah dikeluarkan untuk membaikpulih bangunan tersebut.

Apa yang menjadi kemuskilan kami ialah, para kontraktor tempatan yang ingin membuat permohonan telah dihalang dan sebaliknya tender tersebut telah diberikan kepada orang luar.

Saya percaya mungkin perkara ini berlaku di luar pengetahuan pimpinan tinggi Umno terutamanya di Pahang tetapi alangkah baiknya jika sesuatu dapat dilakukan.

Sudahlah BN dan Umno kehilangan 5 negeri dalam pilihan raya lalu, janganlah pula hanya kerana ingin memenuhkan kocek kroni maka nasib anak tempatan dipinggirkan dan akhirnya dibimbangi, negeri kelahiran PM akan jatuh kepada Pakatan Rakyat.

Atau memang ada perancangan daripada musuh-musuh PM? Harap dapat dibuat sesuatu.

Sumber: Harakahdaily

Comments