Jika Ada 2 Pemimpin, Bunuhlah Salah Seorang

Akan tetapi dalam kes 'perang' permusuhan antara Nizar dan Zambry, adakah kita sampai perlu saling berbunuhan sehingga menumpahkan darah?

Barangkali tak perlu atau tidak sampai ketikanya lagi untuk dibunuh dalam erti kata yang sebenarnya. Dalam pada itu pun, tidaklah salah jika kita mengemukakan pandangan dan ijtihad baru ke atas hadis ini.

Apa kata kalau kita tafsirkan lafaz 'bunuhlah salah seorang daripada khalifah' itu melalui tafsiran seperti ini, iaitu 'bunuhlah jawatan khalifah salah seorang daripadanya'?

Sebenarnya memang sudah ada usaha untuk membunuh dan mempertahan jawatan antara Nizar dan Zambry sendiri. Apa-apa yang berlaku mutakhir ini, khasnya pada 22 Mei lalu ketika mahkamah memutuskan Zambry sebagai MB adalah antara contoh popular.

Tapi, itu adalah contoh membunuh karier politik Nizar melalui jalan mahkamah. Nizar juga cuba mendapatkan haknya melalui mahkamah untuk membunuh karier politik Zambry sebelum ini. Nizar berjaya pada mulanya.

Tapi, akhirnya, melalui kaedah yang sama, Zambry telah ambil injuksi mahkamah, untuk menangguhkan keputusan itu, lalu dengan tidak semena-mena Zambry menjadi MB.

Zaman ini, semua orang menggunakan undang-undang lalu mengenepikan soal moral dan akhlak. Tindakan Zambry dan Najib berhubung hal ini seperti dikatakan orang Inggeris;legally right, but morally wrong.

Sedangkan, dalam kes Nizar itu, tindakannya bersifat legally right dan morally right. Secara perundangan, Nizar di pihak yang benar dan secara beradab, berakhlak, Nizar juga berada di pihak yang benar.

Comments