Di Dakwa Di Dera Putera Kelantan

Istana Kelantan bergegar lagi dengan dakwaan bahawa seorang puteranya Tengku Muhammad Fakhry Petra mendera isterinya, seorang bekas model muda Indonesia, Manohara Odelia Pinot.

Kali ini, wanita itu sendiri mendakwa beliau - yang digelar Cik Puan Temenggong Kelantan - dianiaya setelah didedahkan ibunya Daisy Fajarina 20 April lalu.

Manohara Odelia melarikan diri ke Jakarta dari Singapura semalam apabila berada di republik pulau itu untuk menziarahi bapa mertuanya Sultan Kelantan yang serang mendapatkan rawatan kesihatan.

Walaupun tanpa dokumen lengkap, wanita 18 tahun itu berjaya tiba ke Jakarta pagi semalam (Ahad) setelah dibantu oleh kedutaan republik itu di Singapura dengan kerjasama kerajaan Singapura sendiri, lapor Tempo Interaktif.

Sementara akhbar dalam talian Detik.com tengah malam ini melaporkan, ibu Manohara Odelia mendakwa ada kesan seterika di dahi anaknya, selain kesan luka di bahagian dada.

Sumber: Malaysiakini

Comments