BN Buta Kira-kira

Di Kedah, apabila peruntukan Pusat tidak lagi melalui pejabat daerah sebaliknya diuruskan oleh Jabatan Pembangunan Pusat (JPP), penyaluran bantuan untuk rakyat seolah-olah kita sedang berada di Zaman Batu, di mana manusia belum kenal kalkulator.

JPP tidak mempunyai pengurus-pengurus yang profesional, sebaliknya menyerahkan tugas kepada penghulu tiga mukim (lantikan BN) dan JKKP yang sebahagiannya tiada kelulusan walaupun SRP.

Dengan lagak bagai pegawai kerajaan, merekalah yang mengarahkan kontraktor menurap jalan ikut kehendak nafsu serakah mereka. Untuk saudara mara dan kroni mini tar hingga ke pintu rumah. Untuk penyokong PAS, jangan haraplah.

Ketua Kampung Padang Luar, Alor Setar mengeluh kerana jalan masuk ke kampungnya tidak pernah diturap tar sejak berpuluh tahun, sedang satu laluan lain dalam kampung sama yang baru ditar beberapa bulan lalu, kini ditar semula walaupun belum rosak.

Sebabnya ialah laluan pertama tadi digunakan oleh majoriti orang PAS, manakala laluan kedua digunakan oleh majoriti ahli Umno. Kontraktor tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu arahan JKKP. Nampaknya JKKP 'lebih berkuasa' daripada pegawai-pegawai JPP di peringkat negeri.

Sifat umum manusia bila kalah dan ditolak rakyat mereka makin insaf dan tawaduk. Berbeza dengan Umno, makin kalah jadi makin jahat dan menindas.

Comments

Anonymous said…
Sekadar nasihat & peringatan kepada pro PAS dan PKR.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™