Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Biar Pandai Menjawab

Monday, 15 June 2009

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berharap para pimpinan PAS di semua peringkat lebih cermat dan berhati-hati ketika menjawab soalan para dari pihak media.

Katanya, Pemuda PAS mengambil sikap terbuka dan tidak memulaukan media tetapi akan lebih berhati-hati ketika memberikan jawapan kepada mereka.

"Pemuda mengambil sikap tidak memulau media. Cuma Pemuda berharap agar pimpinan PAS akan lebih cermat dan lebih berhati-hati dalam menjawab soalan-soalan daripada pihak media. Dan mereka (pemimpin) mestilah menjawab soalan berdasarkan maklumat dan ilmu," ujarnya sewaktu diwawancara di Markaz PAS Kawasan Dungun, baru-baru ini.

"Ada pun yang di luar daripada bidang maklumat mereka, yang mereka tidak tahu, kena serahlah kepada kepimpinan utama yang membuat satu penjelasan. Pemuda harap kepimpinan di peringkat pertengahan dan peringkat bawah, tidak ghairah sangat untuk bercakap kepada media terutama media-media arus perdana," tegasnya lagi.

Azman ditanya tentang sikap Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap media arus perdana muktahir ini yang dilihat lebih cenderung untuk 'melaga-lagakan antara pemimpin-pemimpin PAS. Sesetengah pemimpin PAS pula ada yang terikut-ikut 'rentak' permainan media itu.

Beliau bersetuju dan tidak semua soalan-soalan yang dilambung oleh pihak media, perlu diberi jawapan. Kadang-kadang jawapan itu, tegasnya, akan 'memerangkap' PAS itu sendiri.

"Sebab itu, saya ulangi sekali lagi bahawa kita kena cermat terutama dalam perkara yang melibatkan perkara dasarnya. Kalau boleh biarlah kepimpinan utama parti yang membuat penjelasannya dan bukan orang bawah," katanya.

Menyentuh soal kerajaan perpaduan, Azman meminta ahli-ahli dan kepimpinan PAS di peringkat lain tidak memberi ulasan yang banyak dalam perkara ini.

"Pemuda kena serah dahulu kepada Presiden dan kepimpinan PAS yang baru untuk memberi penjelasan kepada akar umbi dalam parti tentang apa yang dikatakan kerajaan perpaduan. Saya rasa, Insyaallah apabila konsep kerajaan perpaduan ini difahami baik oleh kepimpinan dan juga ahli-ahli PAS.

"Insya-Allah ia tidak akan menimbulkan masalah kepada Pakatan Rakyat. Pemuda dalam masa yang sama mengambil sikap memperkukuhkan dan tidak sekali-kali khianat dengan hubungan baik dalam Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Bagaimanapun ketika ditanya adakah terdapat ahli-ahli yang tidak wala' kepada pucuk pimpinan parti, Azman menyatakan isu itu tidak timbul sama sekali. Apa yang terjadi, terdapat perbezaan pendapat dan itu menjadi lumrah kepada manusia.

"Kita boleh tengok dalam Muktamar PAS baru-baru ini pun, semasa perbahasan macam-macam cara perwakilan termasuk kepimpinan yang bercakap dengan nada masing-masing. Tetapi selepas menutup muktamar, suasana itu menjadi senyap dan kita bersatu balik untuk melaksanakan tugas yang lebih penting. Jadi, dari sudut perbezaan pendapat itu perkara biasa," tegas beliau yang juga bekas Adun Rantau Abang itu.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat