Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bersidang Dalam Muzium?

Friday, 5 June 2009

Keputusan Dewan Ulama PAS mengadakan muktamar tahunan mereka di Muzium Shah Alam ditimbulkan seorang perwakilannya hari ini.

Perwakilan dari Perak, Ibrahim Zakaria sempat menimbulkan persoalan itu ketika membahaskan ucapan dasar ketuanya, Datuk Mohamad Daud pagi tadi.

"Kenapa muktamar ulama ni dibuat di muzium?" katanya disambut gelak ketawa kira-kira 200 perwakilan yang bersidang hari ini.

Ibrahim bagaimanapun tidak memanjangkan persoalannya itu, sebalik terus berhujah supaya ulama diberikan peranan penting dalam negeri yang kini diperintah Pakatan Rakyat.

"Jangan sampai kerajaan tergugat baru nanti nak panggil," tambahnya.

Perkara yang ditimbulkan Ibrahim itu ternyata mendapat perhatian ketuanya yang baru, Datuk Harun Taib ketika menyampaikan ucapannya dalam sidang sehari pagi tadi.

"Ada yang tanya, kenapa muktamar kita diadakan dalam muzium? Adakah sini saja tempat yang layak bagi Dewan Ulama?," katanya disambut ketawa kecil perwakilan.

"Dalam muzium ini, orang tidak letak benda-benda tidak penting. Mereka letak yang penting, yang cantik dan yang bermutu. Itulah tafsiran saya," katanya ringkas.

Analoginya di penghujung petang tadi ternyata menceriakan yang berwajah serius sebelum itu.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat