Baling Kasut ke Arah Pendokong PPSMI

Ketika hadir di dalam mesyuarat tergempar antara Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama-sama ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) pada 12 Mei lalu.

Kenyataan pemimpin Kesatuan Sekerja DBP Hasni Abbas misalnya lebih 'celupar'. Pada beliau, kelompok pendokong PPSMI tidak boleh lagi diberikan hujah akademik.

"Setelah beberapa kajian ahli akademik di UKM telah membuktikan bahawa PPSMI ini salah, tapi mereka tetap teruskan juga, tak boleh dibawa hujah akademik lagi, kena baling kasut saja kepada mereka ini," kata Hasni lagi.

Lalu dijawab Anwar Ibrahim, "Ya, baling kasut adalah simbolik tindakan politik!"

Dalam konteks baling kasut ke arah pendokong PPSMI yang biadap kerana mengkhianati bahasa ibunda misalnya, adakah halal tindakan membaling kasut itu?

Mungkin ada pihak yang berkata, bahawa tindakan itu kurang ajar, biadap malah celupar dan apa sahaja. Tetapi, itulah tindakan yang sepatutnya diberikan setelah hujah akademik pensyarah yang mendesak PPSMI dimansuhkan telah ditolak ketepi.

Jangan-jangan, untuk menyiarkan karya dan cerpen satira yang mengkritik PPSMI sekali pun, editor sastera akan diancam jika nasib mereka kurang baik. Ini kerana tindakan yang bersifat politik tidak boleh diramal. Politikus akan bertindak apabila terasa diancam.

Ketika minum bersama rakan-rakan penulis muda; Nazmi Yaakob, Sahrunizam A Talib, Zaid Akhtar, Shamsudin Othman setelah selesai program deklamasi puisi di Rumah Pena baru-baru ini, saya tertarik dengan pendapat S M Zakir.

"PPSMI tak akan dimansuhkan oleh Muhyiddin Yassin," kata beliau. "Dia yang bawa Dr Mahathir masuk semula Umno. Mustahil Muhyiddin berani memansuhkan PPSMI."

Kata-kata orang kuat Pena ini ada lojiknya. Apa-apa yang dilakukan Muhyiddin sekarang seperti melanjutkan PPSMI dalam tempoh 6 bulan lagi sebenarnya adalah melambangkan sikap tidak bersungguh-sungguh Muhyiddin.

Muhyidin itulah yang biadap, celupar dan kurang ajar kerana sanggup dia mempermainkan hati dan perasaan tokoh-tokoh bahasa, ahli akademik yang jujur dan ikhlas bertemu dengannya untuk memberikan pandangan berhubung PPSMI.

Dalam suatu acara di Sg Ramal Kajang, Pengerusi Karyawan, Dato' Hassan Ahmad telah bercerita mengenai kiriman SMS yang beliau terima daripada Muhyiddin Yassin.

Comments