Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Alam Flora Akan Disiasat

Sunday, 14 June 2009

Kerajaan Selangor akan menubuhkan jawatankuasa audit khas bagi menyiasat dakwaan wujud pengaruh Pakatan Rakyat dalam pengagihan kontrak pembuangan sampah pihak berkuasa tempatan di negeri itu.

"Jawatankuasa audit akan bekerjasama erat dengan pegawai- pegawai Alam Flora bagi memastikan mereka yang menerima kontrak bukannya broker (parti politik)," kata pejabat menteri besar.

"Syarikat-syarikat yang didapati bertindak sebagai broker akan dibatalkan kontrak-kontrak mereka serta-merta dan kes-kes ini akan diadukan kepada pihak-pihak berwajib."

Kenyataan hari ini dipercayai dibuat bagi meredakan dakwaan bahawa wujud pengagihan kontrak kepada pihak berkepentingan dengan PKR, DAP dan PAS.

Pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan langkah menubuhkan jawatankuasa audit itu bertujuan menyekat amalan memberi kontrak kepada operator yang tulen, bukannya syarikat berkepentingan politik.

"Amalan ini berleluasa sewaktu pentadbiran kerajaan (BN) terdahulu dan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak berhasrat untuk meneruskan trend yang tidak beretika itu," kenyataan itu dipetik.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat