Tidak Hilang Fokus

Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan terganggu dan hilang fokus daripada berkempen hanya disebabkan isu ditimbulkan calon Bebas, Aminah Abdullah.

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution berkata, sebarang tuduhan tidak berasas yang boleh merosakkan parti akan cuba dihalang melalui tindakan guaman kerana imej parti perlu diutamakan.

Menurutnya, dalam rakaman tersebut beliau membayangkan ia pertemuan makan tengah hari antara sahabat dalam keadaan normal dan dalam perbualan itu juga terdapat hasrat kembali ke dalam parti semula.

“Notis guaman telah dihantar ke rumah calon Bebas Aminah pagi ini (semalam) oleh peguam parti, Ong Chin Wen untuk mengesahkan tindakan diambil dan menghentikan perbuatan memfitnah parti dengan tujuan meraih keuntungan peribadi sebagai calon Bebas.

“Hakikatnya, terdapat satu tuduhan dilakukan terhadap parti, dan sebuah parti perlu mengambil sebarang tindakan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kemudaratan. Langkahnya adalah menghantar pasukan peguam,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Comments