Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Sentuh Najib, Kena Tangkap

Saturday, 30 May 2009

Dua pemimpin pembangkang disiasat oleh pihak polis berhubung dengan ucapan mereka

sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil DUN Penanti.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang memberi kenyataan kepda polis pagi ini di rumahnya di Pulau Pinang, ekorang laporan yang dibuat terhadapnya kerana didakwa membuat hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Lim, Ketua Inspektor Pang Meng Tuck telah membuat satu laporan terhadap ucapannya di Guar Perahu, Penanti pada 24 Mei.

“Dalam ucapan saya, saya telah menyalahkan Najib terhadap rebutan kuasa di Perak dan mengkompromikan satu demi satu kredibiti istitusi negara," kata Lim yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur, mengenai ucapannya dalam catatannya dalam Twitter pagi ini.

Menurut Lim, dalam ucapannya, beliau turut menyentuh tentang Pasukan Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, perkhidmatan awam dan badan kehakiman yang didakwanya digunakan untuk agenda politik Najib.

Katanya, di Malaysia yang ditadbir oleh Najib, bercakap benar dituduh sebagai hasutan dan fitnah.

"Kegelapan sedang menyelubungi Malaysia," katanya selepas bertemu selama sejam dengan pihak polis.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat