Sekadar Sembang Kosong

Ahli Majlis Pimpinan tertinggi Keadilan, Cheah Kah Ping berkata beliau tidak menduga perbualan beliau dan Aminah Abdullah dirancang dan dirakam untuk tujuan kempen pilihanray di Penanti.

‘Saya telah mengenali Puan Aminah sejak 1999 dan kami sangat berkawan baik,” kata Cheah

Cheah yang telah bertemu dengan Aminah pada 13 Mei lalu atas jemputan kawannya Peter Chin untuk kerumah Aminah atas alasan bertemu kawan lama sambil minum petang membuat kenyataan tersebut selepas mengadakan sidang media di sini.

“Saya pergi jumpa Puan Aminah yang sebelum ini saya panggil kak aminah bukan atas kapasiti politik atau mewakili mana-mana pertubuhan tetapi atas dasar kawan dan rakan dan saya juga tahu ada ura-ura beliau akan bertanding di Penanti.

“Jadi saya fikir mungkin kami dapat berbual panjang lebar kerana lama tidak berjumpa. Bersembang dan bergurau antara kami sememangnya perkara biasa kerana kami telah kenal hampir 10 tahun.

“Dalam perbualan adalah suatu perkara biasa bila bercakap dalam pelbagai nada dan suasana dan Aminah juga ada menyatakan pendirian beliau untuk kembali kepada keadilan tetapi dalam rakaman tersebut perkara itu telah di edit dan dikeluarkan,”Jelas Cheah

Menurut Cheah beliau tidak berniat apa-apa untuk menyinggung atau mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap kawan baiknya itu kerana masih menganggap Aminah sebagai rakan lama walaupun berbeza pandangan politik.

“Saya tidak mahu membuat sesuatu kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan persahabatan kami walaupon beliau telah bertindak merakam perbualan dan mengedarkannya kepada tatapan umum untuk kepentingan politik beliau (Aminah).

“Saya tidak marah kepada Aminah kerana kedatangan saya kerumah beliau adalah atas undangan beliau dan saya juga menerima undangan sambil minum petang itu dalam suasana keceriaan kerana kedatangan saya bukan atas arahan politik tetapi atas dasar saya menjenguk teman lama saya dalam perjuangan dulu.

“Dan perbincangan yang saya anggap sebagai sembang-sembang kosong itu merangkumi pelbagai tajuk dan isu yang terdapat didalamnya pelbagai senda gurau yang kadangkala tidak ada realitinya tetapi sengaja dijadikan bahan perbualan,” kata Cheah lagi

Cheah turut menambah bahawa beliau tetap menghormati rakan lama dalam perjuangan itu dan akan terus menjalin hubungan persahabatan dengan Aminah selepas ini samaada Aminah menang tau kalah dalam pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei ini.

Sumber: Suara Keadilan

Comments