Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Puasa dan Perak

Tuesday, 26 May 2009


Pas Perak mengajak seluruh rakyat di Perak untuk bersama-sama berpuasa sunat selama tiga hari bermula Selasa sempena 1 Jamadil Akhir sehingga Khamis.

Timbalan Pesuruhjaya 2 Pas Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, puasa sunat ini diadakan untuk mengajak rakyat bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) untuk menunjukkan sokongan mereka kepada PR.

Menurutnya, puasa sunat ini juga tidak ada kena mengena dengan mogok lapar yang akan disertai oleh masyarakat bukan Islam cuma perkara ini berlaku secara kebetulan.

“Kita adakan puasa sunat ini untuk meminta supaya hak rakyat dihormati dan kita mahu tunjukkan sokongan rakyat kepada PR.

“Kita menyeru kepada semua rakyat di Negeri Perak supaya bersama-sama berpuasa sunat pada hari Selasa sehingga hari Khamis,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media sempena Konvensyen Pas Perak Kali ke-14 di Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas menyokong mogok lapar yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat di Perak pada 26 Mei 2009 seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming.

Menurutnya, Pas mahu bersama-sama rakyat menunjukkan kepada Tuanku Sultan mengenai hasrat rakyat yang mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan tetapi kita melaksanakannya dengan cara Islam iaitu berpuasa.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang berkata, dalam Islam digalakkan untuk berpuasa sunat pada awal bulan dan terpulang kepada kemampuan diri masing-masing.

Mengenai penyerahan kereta rasmi Menteri Besar Toyota Camry 2.4, Nizar berkata, beliau menerima arahan pada 22 Mei daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri supaya menyerahkan kereta berkenaan dan telah pun berbuat demikian pagi semalam.

Sumber: Sinar Harian

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat