Polis Kuda Tunggangan BN/UMNO

Ramai pengamal undang-undang hari ini mempersoalkan tindakan polis yang telah melakukan pemeriksaan di Ibu Pejabat DAP di Seksyen 20/9 Petaling Jaya petang semalam dan mengambil beberapa bahan bukti termasuk komputer dan perisian yang disyaki digunakan untuk menerbitkan risalah yang mengandungi unsur hasutan.

Polis berkenaan tidak mempunyai sebarang waran siasatan dan polis berkenaan boleh didakwa kerana trespassing (menceroboh).

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San anggota polis tiba di ibu pejabat DAP kira-kira satu setengah lalu dengan menaiki tiga buah kenderaan.

"Mereka datang dengan tiga kereta dan telah mengelindah pejabat DAP. Serbuan mereka tidak mempunyai waran dan polis juga telah membawa salah seorang kakitangan DAP ke balai untuk siasatan serta merampas peralatan komputer," kata beliau.

Sebelum ini, ADUN Teratai, Jenice Lee, dan 15 lagi yang direman berhubung kes perhimpunan haram di bilik gerakannya kelmarin pada mulanya dijangka akan dibebaskan hari ini.

Justeru ahli parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai bersama kira-kira 30 penyokong tiba di balai polis Pandan Indah, selepas jam 10 pagi tadi, untuk menyambut pembebasan wakil rakyat DAP itu.

Peguam parti itu Wong Kai Phun – yang hadir kira-kira sejam sewaktu ADUN itu memberi keterangan kepada polis – mendapati tempoh reman selama dua hari hanya tamat esok.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata seorang pegawai polis daerah Ampang Jaya, DSP Goh Lee Fook memaklumkan bahawa Jenice dan penyokongnya turut disiasat berhubung kesalahan melanggar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

Sebelum ini, dalam acara nyalaan lilin di bilik gerakan ADUN tersebut, DAP mengedarkan risalah dua muka berjudul "507 Detik Hitam dalam Sejarah Demokrasi Malaysia!" yang ditulis dalam bahasa Cina.

Banyap pihak menyelar tindakan polis berkenaan dan menganggap ia sebagai penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional akan datang apabila rakyat ditekan dan ditindas serta diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pihak polis yang tidak mengikuti undang-undang semasa menjalankan tugas.

Sumber: Webpanas

Comments