Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

PKR Tunggu Masa Untuk...

Sunday, 31 May 2009

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti tamat jam 5 petang tadi, dengan jumlah pemilih yang keluar mengundi jangka rendah, berbanding 82.1 peratus dalam pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, calon PKR, Mansor Othman yang berdepan dengan cabaran tiga calon bebas, diramalkan menang.

Sehingga jam 4 petang tadi, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mencatatkan 44.36 peratus atau 6,824 pemilih.

Jumlah pemilih yang keluar mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Penanti sehingga jam 3 petang ialah 42.2 peratus atau 6,492 orang; 38.77 peratus atau 5,964 orang (2 petang); 29.86 peratus atau 4,593 orang (12 tengahari); 23.5 peratus atau 3,590 orang (jam 11 pagi) dan 14.6 peratus pada jam 10 pagi tadi.

SPR mensasarkan sebanyak 70 peratus daripada 15,385 pemilih akan keluar mengundi dalam pilihanraya kecil hari ini.

Dalam pilihanraya umum lalu, 82.1 peratus pemilih keluar mengundi. Bagaimanapun kali ini BN tidak meletak calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil kali ini.

Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Penanti bermula jam 8 pagi tadi. Sebanyak 32 saluran mengundi di sembilan pusat pengundian. Lapan daripada pusat tersebut ditempatkan di sekolah dan sebuah lagi di dewan orang ramai.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Kerusi DUN Penanti kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu, selepas melepaskan jawatan timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang seminggu sebelumnya.

kerusi dun penanti pulau pinang 200409Dalam pilihanraya umum lalu, Fairus dari PKR mendapat 7,346 undi, menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid yang mendapat 5,127 undi.

BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil hari ini. Empat calon yang bertanding ialah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; 59; dan tiga calon bebas - bekas ketua wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; bekas ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti, Nai Khan Ari a/l Nai Keow, 41 dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, 42.

BN memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.

BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat