Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Pengundi Ditaja Untuk Elak Mengundi

Friday, 29 May 2009

Usaha Umno untuk mengurangkan peratus keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Penanti diteruskan dengan pelbagai program lawatan ke luar Pulau Pinang.

Seorang pemanggil, Sham dari Kampung Pandan dekat sini mendedahkan maklumat yang diperolehi daripada kakaknya yang tinggal di Kampung Mengkuang Semarak (Mengkuang Dam), Penanti bahawa Umno menaja rombongan ke beberapa destinasi seperti Cherating, Pahang; Genting Highland, Pahang dan Nilai, Negeri Sembilan.

Rombongan menggunakan beberapa buah bas itu akan bertolak pada pagi Jumaat esok dan hanya kembali ke Penanti pada Ahad malam, 24 Mei selepas pusat pengundian ditutup.

Agen-agen Umno, katanya sudah berkeliaran di kampung-kampung antaranya Kubang Semang, Mengkuang Semarak dan Kampung Pelek sebaik selepas penamaan calon mempelawa para pengundi khususnya ahli-ahli Umno untuk menyertai rombongan yang ditaja sepenuhnya pemimpin Umno setempat.

"Dua buah bas yang ditaja bekas Adun Penanti yang juga Ketua Bahagian Umno, Dato' Abdul Jalil Majid akan bertolak ke Bukit Kayu Hitam pada pagi Ahad hari mengundi dari Kampung Mengkuang Semarak," katanya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat