Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Minggu Depan Tarikh PRK DUN Manik Urai

Saturday, 23 May 2009

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat pada Khamis depan untuk memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manik Urai, Kelantan, yang kosong berikutan kematian penyandangnya Haji Ismail Yaacob,60.

Menurut laporan Bernama,Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dihubungi berkata mesyuarat akan diadakan pada hari berkenaan sekiranya surat pemakluman mengenai kekosongan dihantar pada Isnin.

"Mesyuarat dijangka bermula pada 10 pagi dan SPR akan memaklumkan pada hari sama mengenai tarikh penamaan calon dan hari pengundian," katanya.

Speaker DUN Kelantan Mohd Nassuruddin Daud hari ini berkata kekosongan kerusi DUN Manik Urai akan dimaklumkan kepada SPR, Isnin ini.

Ismail meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu kira-kira 5.50 pagi selepas dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan sejak bulan lepas.

Beliau, yang mewakii PAS, mula memenangi DUN Manik Urai pada pilihan raya umum 1985.

Sementara itu, ribuan penduduk menunaikan solat jenazah ke atas Allahyarham Ismail di Masjid Kampung Manek Urai Lama sebaik sahaja selepas solat Jumaat tadi.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimamkan solat tersebut yang melimpah sehingga ke luar masjid.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob; Speaker Dun Kelantan, Ustaz Nusuruddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan.

Selain itu turut hadir wakil-wakil rakyat, pemimpin PAS kawasan, KeADIlan dan pegawai kerajaan.

Sebelum itu Menteri Besar menyampaikan khutbah Jumaat dan sempat bertakzirah ringkas mengenai kematian.

Ramai melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz sekali sekala sebak mengenangkan Paksu Mail, seorang pemimpin yang begitu rapat dengan masyarakat.

Selain itu jenazah Paksu Mail, terdapat satu lagi jenazah iaitu wanita yang juga meninggal dunia hari ini turut disembahyangkan serentak.

Kehadiran orang ramai menyebabkan Kampung Manek Urai Lama menjadi sendat dan berlaku kesesakan luar biasa di jambatan memandangkan ia hanya boleh dilalui sehala sahaja.

Kedua-dua jenazah kemudian diusung ke tanah perkuburan yang terletak tidak jauh dari rumah Paksu Mail. Jenazahnya dibawa turun ke liang lahad kira-kira jam 2.05 petang.

Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat