Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Khir Toyo Jadi Pejuang Tol?

Friday, 29 May 2009

Kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berhubung pemansuhan tol sesuatu yang 'ajaib' sama seperti Umno memboikot Pilihan raya kecil Penanti yang tidak pernah ada sejarah sebuah parti memerintah tidak turut serta bertanding.

AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmaddalam satu kenyataannya memberitahu penindasan terhadap perjuangan membantah tol ketika beliau menjadi Menteri Besar tidak akan dilupakan dimana rakyat yang turut serta akan mendapat 'habuan' daripada pihak berkuasa seperti FRU antaranya terkena semburan gas pemedih mata, tangkapan dan asakan kasar.

"Apabila tidak jadi kerajaan, baru insaf bahawa memang tol tindas orang.

"Kami dibelasah oleh FRU, sembur gas dan minum air asid adalah harga yang kami bayar dalam perjuangan menentang dasar tol. Yang sokong tol ini ialah pemimpin Umno waktu berkuasa dan rakyat yang tidak tahu haknya sahaja," katanya yang mengulas kenyataan Khir dalam sebuah akhbar online.

Katanya perjuangan dan janji dalam manifesto untuk mengkaji balik dasar tol masih menjadi iltizam dan komitmen apabila Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana memikirkan rakyat yang terbeban akibat tol.

Katanya sungguhpun ada di kalangan rakyat tidak memakai kereta dan tidak melalui jalan tol, tetapi rakyat yang miskin terpaksa menanggung beban akibar dari dasar kerajaan yang tindas rakyat melalui tol.

"Misalannya sayur sawi yang dibawa daripada Cameron Highland akan menjadi mahal kerana penjual sudah masukkan harga tol dalam harga sawi yang orang kampung beli.

"Inilah ekonomi seperti mata rantai, walaupun orang kampung tidak bayar tol, tetapi secara tidak langsung dia kena bayar tol," katanya.

Sumber: Harakahdaily

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat