Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ketua UMNO Pandan Rasuah

Wednesday, 27 May 2009


Ketua UMNO Bahagian Pandan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 10 tuduhan menerima rasuah berbentuk wang sebanyak RM210,012 dan kontrak selaku Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tiga tahun lalu.

Abd. Ghani Ismail, 43, membuat pengakuan tersebut selepas kesemua pertuduhan dalam dua kes berasingan dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin.

Mengikut pertuduhan, Ghani selaku ahli majlis merangkap Ahli Jawatan Kuasa Tender MPAJ didakwa menerima rasuah untuk dirinya berupa cek RHB bank bernilai RM210,012 daripada Abdul Rahman Yaacob.

Rasuah itu sebagai balasan kerana menolong Abdul Rahman mendapatkan tender bagi kerja perkhidmatan kutipan sisa pepejal di Taman Lembah Rimbun dan Taman Kencana di sini selain tender Pembersihan Kawasan di Pandan Cahaya daripada MPAJ.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu antara 4 Ogos 2006 dan 31 Mac 2007 di Restoran Islah Tomyam Jalan 5/76B dan di hadapan Blok E15 Jalan 4/76B, Desa Pandan di sini.

Ghani turut menghadapi tuduhan rasuah berasingan selaku ahli majlis MPAJ dengan menerima kontrak pelantikan Syarikat Lembah Rimbun sebagai subkontraktor kepada Syarikat Dwisakti Mewah Sdn. Bhd. yang mana tertuduh berkepentingan dalam syarikat Lembah Rimbun.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat