Kebodohan Ezam

Kebodohan Ezam bila berhujah dalam TV 9 seperti banyak yang kelentong daripada fakta. Lain yang ditanya lain yang dijawab. Malam tadi Ezam terpaku dengan beberapa soalan yang diajukan oleh Profesor Agus Yusof berkaitan dengan rasuah.

Dulu Ezam memang hebat tetapi sekarang sudah jadi kuda tunggangan UMNO. Menuduh Pakatan Rakyat terlibat dengan rasuah sana sini. Bila ditanya pasal rasuah, diungkit perkara-perkara lama berkaiatan dngan rasuah. Contohnya pada zaman pemerintahan BN di Kelantan. Mengaitkan isu lojing. Ezam sememangnya bodoh selepas masuk UMNO. Takkan dia tidak tahu bahawa lojing itu dibotakkan oleh UMNO. Balak-balak kecil ditebang sebelum matang.

Pada pemerintahan zaman PAS, balak-balak tersebut sudah tiada kerana UMNO dengan rakus menebang balak tersebut. Kata pepatah ‘meludah kat langit tapi akhirnya jatuh kat muka sendiri’. Tapi UMNO ni lain sikit, meludah ke langit jatuh ke muka terus dijilat ludahan tersebut. Inilah UMNO yang kaki putar belit.

Di Perak pula, dia meniduh Menteri Pakatan, Dato Seri Ir Nizar rasuah balak. Sehingga hari ini menuduh rasuah balak sana-sini namun tiada bukti yang dapat diterjemahkan oleh UMNO. UMNO seperti sudah kehilangan idea atau isu untuk memporak-perandakan parti-parti lawan. Parti UMNO itu baik tetapi orang-orang di dalamnya seperti hantu yang tidak takut pada hukum Tuhan.

Di Selangor, Ezam menuduh Menteri Besar, Khalid Ibrahim terlibat dengan rasuah. Namun isu tersebut berkubur begitu sahaja kerana tiada buktiyang dapat dikemukakan. Dikatanya MB Selangor itu terlibat rasuah lembu. Sebenarnya orang-orang yang berkata demikian lebih baik daripada lembu. Lembu mempunyai harga diri RM2000-4000 seekor namun manusia hanya sogok RM10 sudah bangga. Murahnya manusia punyai maruah berbanding lembu. Itulah yang boleh digambarkan manusia dengan lembu.

Ke mana sahaja Ezam berkempen untuk UMNO, pastinya UMNO atau BN akan balik dengan berputih mata. Ezam bolehlah dikatakan membawa sial kepada UMNO/BN dalam kempennya. Kempennya hanyalah bawa isu rasuah namun dia sendiri tidak sedar akan rasuah dalam partinya. Lebih baik Ezam tidak berkempen kerana umumnya telah mengetahui Ezam adalah talam dua muka yang sukar untuk dipercayai. Kenapa Ezam tidak masuk bertanding pilihanraya?

Comments