Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Ibrahim Ali Masuk UMNO?

Saturday, 30 May 2009

Satu-satunya boneka UMNO yang bertanding atas tiket PAS dan tidak sedar diri siapa dirinya adalah katak lompat dari Pasir Mas yang juga merupakan ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Dulu semasa keluar dari UMNO bukan main kutuk UMNO secara terang-terang tapi sekarang sudah jadi katak yang baru keluar dari tempurung dan terus melompat ke dalam lubang najis. Disangkanya lubang kejernihan namun tetap kembali ke lubang najis lamanya.

Dalam kenyataan akbarnya yang dipetik daripada Berita Hairan pada muka surat 8 ruangan nasional, 28 Mei 09, boneka tersebut mengatakan BN boleh mendedahkan kelemahan PAS semenjak pemerintahan 18 tahun yang lalu adalah landasan yang terbaik bagi BN.

Nampaknya kita ada seorang lagi kaki kempen yang akan meranapkan BN dalam politik Malaysia amnya. Khasnya di Kelantan. Sebelum ini boneka Ezam Mohd Nor yang berkempen untuk BN menjadi punca segala-galanya ketewasan BN di empat pilihanraya kecil seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kali ini mungkin BN akan berkubur di Manek Urai selepas kehadiran Boneka anak jati Kelantan ini yang bersekongkol dengan BN dalam usaha menjatuhkan PAS.

Dalam kenyataan akhbar itu juga, boneka UMNO ini juga mengatakan PAS gagal membawa perubahan serta memajukan ekonomi dan sebaliknya berselindung disebalik UMNO. Tidakkah terfikir wahai boneka UMNO, perubahan yang PAS lakukan jelas membuktikan PAS dapat melaksanakan banyak projek untuk rakyat serta membangunkan manusia dengan unsur-unsur kerohanian. PAS Kelantan juga dapat mengurangkan defisit hutang kerajaan BN yang terdahulu. Adakah boneka ini tidak tahu kenyataan yang sebenar?

Kenapa mengatakan PAS berselindung disebalik BN? Sedangkan BN rakyat sudah tidak mempercayai ini kan nak berselindung disebalik BN. Contoh mudah, kalau sudah tahu penakut kenapa diajak untuk bergaduh. Nak bergaduh kena ada ramai bukannya hanya 6 orang. Siapa yang berlindung disebalik siapa? 39 ADUN PAS dan termasuk keADILan mahu lawan 6 orang BN? Sepatutnya BN yang berselindung dan kalau tidak, sudah lama BN tidak wujud di Kelantan jika PAS sapu bersih 45 DUN dalam Kelantan.

Katanya boneka itu lagi, banyak perkara yang boleh dipersoalkan sepanjang PAS menjadi kerajaan antaranya dari segi ekonomi, peluang pekerjaan dan hasil negeri diperoleh daripada kerajaan negeri dan tidak nampak perubahan. Sebenarnya boneka ini sudah buta dengan apa yang kerajaan PAS lakukan sebelum ini. Kita tanya boneka, apakah ekonomi yang dia mahukan? Kenapa kerajaan pusat tidak mahu membantu kerajaan negeri untuk memajukan Kelantan sebaliknya meanaktirikan Kelantan. Jambatan Sultan Yahya masih lagi tergantung pembinaanya. Kalau projek sahaja besar tapi tergendala ini bukanlah yang boleh dibanggakan. Samalah contoh, kalau sudah buang air besar tapi tidak basuh samalah seperti projek terbengkalai tadi. Skim Ar-Rahn merupakan sistem ekonomi Islam. Adakah boneka tersebut mahukan satu sistem kapitalis atau sekular?

Berkata lagi boneka itu, pilihanraya itu perlu bersih daripada serangan peribadi pihak lawan dan PAS perlu jawab semua isu yang dibangkitkan. Kita tanya lagi boneka UMNO itu, sebelum ini adakah PAS tidak menjawab isu UMNO? Kadang-kadang isu yang dibawa UMNO ini adalah sudah ‘expired’ dan tidak laku. Oleh itu lebih baik PAS berdiam sahaja. Kenapa berdiam? Sebab isi yang dimainkan adalah isu berulang-ulang? Kenapa berulang kerana UMNO tiada isu. Itulah jawapan yang paling tepat.

Lagi kata boneka UMNO tersebut, PAS hanya menumpang populariti Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kita tanya boneka itu lagi. Sekarang ini siapa yang mahu populariti, Ibrahim Ali atau UMNO? Nampaknya Ibrahim Ali sudah mendapat populariti kerana menjadi jaguh Kelantan dalam mencabar PAS. Kenapa Ibrahim Ali yang dikatakan mencari populariti? Sebab 6 ADUN BN yang lain tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut sebaliknya boneka itu yang berlebih-lebihan. Agaknya boneka itu mahu menjadi Perdana Menteri ketujuh kot. Mahu mencari populariti. Apakah slogannya selepas ini? 1 Kelantan? Yang itu kita tunggu bila boneka jadi PM.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat