DAP, Perlis dan 24 Tahun

Selepas 24 tahun, Dap kembali bertunas kembali di Perlis apabila lebih 1,000 bekas ahli Barisan Nasional telah menyertai Pakatan Rakyat sebulan lalu.

Ini memberi pelaun kepada Pakatan Rakyat untuk bertunas dan menapak apabila sekumpulan anggota masyarakat Cina tidak senang dengan MCA / BN yang gagal menjaga kebajikan mereka.

Susulan itu, enam cawangan di negeri itu berjaya ditubuhkan sejak dua minggu lepas dan, menurut seorang pemimpin kanan Dap negeri Vincent Tan, “mencipta satu sejarah” bagi parti itu.

Kali terakhir parti tersebut mempunyai satu cawangan di Kaki Bukit dalam parlimen Padang Besar pada 1985 tetapi kemudian dibubarkan kerana tidak aktif, kata Tan yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Dap Kedah dan Perlis.

Sumber: Suara Keadilan

Comments