Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bekas Komunis Dapat RM8000 Dari Kerajaan?

Thursday, 28 May 2009

Didalam bukunya 'My Side of History' Chin Peng ada mendedahkan bahawa dalam Perjanjian Damai Haadyai 1989, Kerajaan Malaysia pimpinan Mahathir telah bersetuju memberikan RM 8000 dan membenarkan ahli komunis yang menetap di Selatan Thailand kembali ke Malaysia jika mereka meletakkan senjata.

"There was a similar problem of usage when it came to discussing the 'gratuitites' for our 'disbanding armed units'.

The Malaysians wanted the term 'monthly allowance'. It was agreed that each disbanding guerrilla opting to return to Malaysia would receive from the Federal government a lump sum of RM8,000. This would be paid in two instalments.

The first RM3,000 would be made available on their immediate return. The remaining RM3,000 would be paid after three years.

At first we objected to the split payment scheme. We were well aware of the reasoning behind the measure.

It was both a matter of control and a test of our sincerity and goodwill. As I understand it, all outstanding final payments of RM5,000 were settled without complication.

In addition, the returning guerrillas were paid a monthly allowance of RM300 for a period of three years.

These funds were allocated to help them re-establish themselves in modern Malaysian society. In the end, a total of 330 former CPM members went home to Malaysia." - 'My Side of History' Chin Peng

Walaubagaiman pun, sehingga kini Lim Kit Siang dari Dap menyatakan bahawa perkara itu tidak pernah dibentangkan didalam Parlimen.

Selepas Perjanjian Damai Haadyai dimeterai, Parti Komunis Malaya dibubarkan dan seramai 330 ahli PKM diterima kembali ke Malaysia dan menerima RM 8000 seperti yang dinyatakan oleh Chin Peng sebagai bayaran subsidi untuk mereka memulakan kehidupan baru, disamping turut diberikan RM300 sebulan selama 3 tahun untuk sara diri.

Malang betul nasib Chin Peng, beliau tidak dapat kembali ke Malaysia seperti 330 orang ahli PKM sebelumnya.

Ianya adalah satu tindakan yang double standard dan ditambah lagi dengan propaganda dendam pihak Kerajaan yang menyeret isu ini ke dalam masyarakat.

Tidak dinafikan bahawa PKM pernah bertindak ganas satu ketika dahulu, cuma layanan yang berbeza terhadap pimpinan dan ahli PKM ini menimbulkan banyak pertanyaan.

Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh yang juga pimpinan utama PKM telah dibenarkan kembali ke Malaysia dan tinggal dinegara ini hingga akhir hayat mereka.

Kenapa pada waktu kedatangan mereka itu, kerajaan boleh terima dengan hati yang terbuka dan langsung tidak mengungkit soal kezaliman PKM. Malah mereka diberikan elaun dan subsidi sara diri pula.

Nampaknya ada agenda tersembunyi yang belum dijelaskan Kerajaan dalam hal ini. Isu fahaman komunis juga sudah tidak releven kerana generasi hari ini sudah terbuka dan menerima banyak maklumat. Generasi hari ini pun jelas menolak fahaman komunis dan Chin Peng sejak 1989 tidak lagi menyebarkan fahaman itu, malah hidup seperti orang biasa di Thailand.

Sesungguhnya kita tidak lupa akan kezaliman PKM, tetapi jangan biarkan hati kita buta kerana dendam. Setiap manusia melakukan kesilapan, soal simpati atau tidak adalah persepsi kita. Kita hormati dan ucapkan terima kasih pada semua pejuang negara.

Apa pun jua isu Chin Peng ini, kerajaan penuh tangani dengan bijaksana bukannya memainkan emosi rakyat dan dalam masa yang sama bersikap double standard pula.

Sumber: Wasilah

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat