Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

Bantah Chin Peng Balik

Tuesday, 26 May 2009

Sebuah pertubuhan pelajar membantah Chin Peng pulang ke Malaysia dengan alasan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu masih "bernilai ancaman yang tersendiri" walaupun partinya sudah terkubur.

"Kembalinya Chin Peng ke Malaysia akan menjadikannya sebagai seorang personaliti yang ditokohkan oleh segolongan pihak yang buta dengan sejarah Malaysia.

"Tidak mustahil dengan kembalinya Chin Peng, maka fahaman komunisme akan mula bertapak dan mengukuh," kata setiausaha Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Khairul Anwar Shazali.

"Ini tentu sahaja membahayakan keselamatan negara. Apatah lagi dengan dengan kemajuan teknologi maklumat hari ini, generasi muda menjadi kelompok sasar yang paling mudah terpengaruh lebih-lebih lagi dengan ... kelemahan pembelajaran subjek sejarah Malaysia di kalangan generasi muda".

Khairul juga menyifatkan cadangan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan untuk membenarkan Chin Peng dibenarkan balik ke Malaysia atas dasar kemanusiaan sebagai cadangan yang "tidak berasas".

"Atas dasar kemanusiaanlah maka seharusnya Chin Peng dihalang daripada kembali ke Malaysia. Dengan rekod jenayah terhadap kemanusiaan oleh Chin Peng ketika memimpin PKM di Tanah Melayu dahulu sehingga merebak ke Borneo.

"Apakah boleh penjenayah sebegini dimaafkan atas dasar kemanusiaan?" kata l Khairul Anwar.

"Dengan membuang Chin Peng ke luar negara sudah cukup baik baginya yang seharusnya menerima hukuman yang paling berat atas apa yang telah dilakukannya terhadap generasi terdahulu," tambahnya.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat