Apa yang Polis Takut dan Bimbang?

Tindakan polis ke atas orang ramai sejak kebelakangan ini banyak menimbulkan ketiadak puasan hati masyarakat yang menjadi barua kepada sesetengah pemimpin UMNO. Ini seolah-olahnya Negara 1 Malaysia ini dalah Negara milik pihak polis. Mana perginya demokrasi yang dilaung-laungkan oleh ketuanan melayu?

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, datuk Zaid Ibrahim berkata bahawa ciri-ciri Negara Polis itu jelas ada pada Negara 1 Malaysia ini. Ciri-ciri tersebut jelas menunjukkan pasukan pengawal yang ditakuti oleh rakyat dan menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara di dalam Negara 1 Malaysia khasnya. Sedangkan kita tahu Negara Malaysia adalah sebuah Negara yang demokratik maka tidak hairanlah jika rakyat mahu melontarkan suaranya untuk didengari oleh pemimpin.

Barang-Barang Larangan, Jika Ada Kena Tangkap

Polis hari ini amat fobia dengan beberapa barangan yang dipersembahkan oleh rakyat hari ini. Banyak bukti yang polis di Negara ini takut barangan tersebut daripada takut pada penjenayah yang bermaharajalela meragut, merogol, mebunuh dan sebagainya. Baginya benda-benda tersebut boleh mengancam keselamatan Negara.

Apakah yang menyebabkan polis mahu menangkap rakyat? Apakah barangan terlarang tersebut? Mari kita tengok senarai di bawah yang selalu menggugat anggota polis Negara 1 Malaysia.

1.       Memakai baju warna hitam

2.       Membawa lilin

3.       Membawa kek

4.       Tidak mahu makan (mogok lapar atau puasa)

5.       Berkumpul secara aman

6.       Berkumpul berdekatan kawasan Dewan Undangan Negeri yang bersidang

7.       Pegang poster

8.       Menjual CD

9.       Menyebut Altantuya ketika ceramah

10.   Menyentuh isu Najib

11.   Melakukan ceramah

12.   Berkempen pilihanraya melebihi had

13.    Duduk di kedai makan berdekatan dengan bangunan tempat bersidang DUN

Itulah sebahagian daripada perkara-perkara yang menyebabkan polis mejadi takut. Bukan takut kepada penjenayah tetapi kepada rakyat yang tidak berdosa ini.

Comments