Pengikut Blog

Peringatan Dari Langit

16 Ditahan Sertai Nyalaan Lilin

Friday, 22 May 2009



Enam belas, termasuk ADUN Teratai, Jenice Lee, ditahan polis di luar pusat khidmatnya pada kira-kira jam 8.45 malam tadi kerana didakwa mengadakan perhimpunan haram.

Mereka yang ditahan, telah dibawa ke balai polis Pandan Indah. Tidak dapat dipastikan sama ada mereka akan ditahan semalaman.

Mereka ditahan sejurus selepas polis memberi amaran supaya mereka bersurai.

Ketua polis Ampang Jaya Abdul Jalil Hassan memberitahu pemberita bahawa mereka ditaha n kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit.

Jenice (foto) bagaimanapun mendakwa beliau mempunyai permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Abdul Jalil pula berkata Jenice membuat permohonan permit itu pada jam 2 petang tadi tetapi ia tidak diluluskan pihak polis.

Sebelum ini, sekumpulan kecil berhimpuan di pusat khidmat Jenice pada kira-kira jam 8.30 malam untuk mengadakan nyalaan lilih tanda berkabung 'kematian demokrasi" di Perak.

Kira-kira 40 anggota polis berkawal di situ.

Ini adalah kali kedua dalam minggu ini Jenice ditahan. Dia ditahan polis selama enam jam dalam selepas menyertai nyalaan lilin Selasa lalu.

Antara yang ditahan ialah Lim Swee Kuan, iaitu pembantu pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Ketika dihubungi, beliau memberitahu Malaysiakini bahawa kumpulan tersebut berjalan dari pusat khidmat DAP Teratai sambil membawa lilin dan kek untuk meraikan harijadinya.

"Tetapi bila kami sampai ke jalan, seorang pegawai polis melaung ke arah kami, sambil berkata kami mengadakan perhimpunan haram," kata Swee Kuan.

Selepas itu, Jenice dan beberapa orang lagi cuba berunding dengan pihak polis untuk membenarkan mereka berhimpun sekejap untuk "meraikan harijadinya".

Bagaimanapun, beliau mendakwa, pihak polis tidak melayan dan memberi mereka tempoh 10 saat untuk bersurai sebelum menahan mereka.

Katanya, mereka ditahan sewaktu sedang menyanyikan lagi selamat jadi untuknya.

0 comments:

Sahabat Singgahan

Nuffnang

Malaysiakini

KeadilanDaily

UMNO Online

Utusan Online

Kosmo Online

 
 
 

Top 10 Blog Sahabat